Sabtu, 12 Julai 2014

Pengalaman Bekerja Di Pasaraya Tunas Manja Sebagai (Cashier/Juruwang)


Assalamualaikum... Aku disini ingin mengongsikan pengalaman bekerja dan, inilah kali pertama aku berada diruang bekerja. Sebelum ni aku tak pernah bekerja selepas habis STPM 2011. Aku mula masuk kerja di Pasaraya Tunas Manja sebagai "Cashier" atau Juruwang pada 25 April 2014, hari Ahad pada pukul 7:45Pagi - 6Petang, alah staf yang selalu korang nampak dekat kaunter yang tercongok tunggu korang tuu. Huhu. Masa mula aku masuk pada waktu pagi kul 7:45Pagi tu dye suruh aku tunggu H.R (Human Resoure) nak panggil aku masuk pejabat untuk baca prosuder-prosuder dalam bekerja. Then lepas siap baca dan tanda tangan, aka tu suruh aku cop jari kat mesin masa atau "Tumb print" iaitu sejenis mesin "Punhcard" jugak, tapi kat sini guna " Tumbs print".. Dan setelash selesai aku terus je pergi kat ruang kaunter. Macam kerja la kononnya. Tapi memanng kerja pun. Aku kena ambil barang-barang yang Custumer ambil dan ditinggalkan kat kaunter. Jadi pepagi lagi aku ni sebagai pekerja yang baru dan baru nak tau pasal dunia pekerjaan ni disuruh mengambil barang-barang tersebut dan masukkan kedalam troli dan juga kita kena letak balik kt mana barang tu diambil. Hmmmm.. Mulanya aku rasa biasalahkan pekerja baru mesti la sentiasa diarah jer. Aku mencarilah kemana barang-barang ni diambil, pening kepala. Kesana kemari, dah la Pasaraya Tunas Manja tempat aku ni besar mcm padang sekolah. Siap tanya staf lain untuk tahu kat mana tempat benda alah ni custumer ambil... Berpeluh-peluh sampai mencari tempat. Hmph ! Lepas je siap, aku terus pergi kat kaunter nak tanya kat akak Akma dye HR (Human Resourse) kat situ.. "Ada apa-apa lagi yang kena buat akak??" Akak tu cakap "Sekarang awak ambil dan sapu sampah dekat dengan kaunter"  biasalah Pasaraya ni tak sah kalau tak kotor. Mesti ada sampah punya. Jadi aku dengan keadaan serba sunggut ni pun ambillah peyapu dan penyodok pergi sampu, dah siap tu aku kena "Mop" lantai yang hitam dan kotor bekas tapak kasut, selipar, dan darah ayam. Hmmm macam-macam. Lepas je siap benda tu sume, dalam pukul 9Pagi baru mula buka kaunter, tapi aku tak jaga kaunter la aku "Packing" je dengan pakai baju putih lengan panjang, kasut "Converse" hitam dan berseluar jeans hitam ni berdiri jer kat depan kaunter tunggu masa "Packing" masa tu ramai jugak sebab biasa la Tunas Manja tak lengang dengan pelanggan. Lama jugak aku berdiri hampir 1-2 Jam nak menghabiskan "Packing" barang custumer, caye-tak caye laa !! Aku rasa lenguh giler kaki aku. Maklum la aku ni jenis lelaki yang tak lasak okeys. Kul 1Petang balik rehat, makan-makan, lepas tu kul 2Petang gerak balik pergi kerja. Mujurlah rumah aku dengan pasaraya ni tak jauh, hanya beberapa kilometer jer dari rumah, dalam taman aku jugak. Aku buat kerja "Packer" macam biasa la sampailah waktu petang pukul 6Petang shif aku dah abis. Dan selesai untuk 1 hari bekerja. 

Inilah resit asal yang aku masih lagi simpan resit "Open Float" yang ada dalam kaunter dan kena buka first time aku bekerja di Pasaraya Tunas Manja sebagai "Cashier" atau juruwang. Aku masuk masa jadi "Cashier'" tu 30 April 2014 selepas 3 hari training jadi "Packer" atau dikenali sebagai Pembungkus barang training untuk pekerja baru yang ambil "Cashier". Tujuannya untuk kita tengok setiap kali budak-budak  "Cashier"  tu buat kita kena ikut. Ok. 

Berbalik cerita kita tadi. Pengalaman jadi cashier kat Tuans Manja memang memenatkan, sebab apa ?? Ok First, sebagai cashier perlu datang 15 minit lebih awal daripada staf lain seperti Sale Asistance, promoter dan staf dari Nepal tu. Huhu cashier kena hadir dalam masa 15 minit kerana nak kira duit "Fload money" kesemuannya ada RM400 korang kena kira sume duit kertas dan duit syiling sehingga cukup RM400, (Kalau time aku dulu2 main belek2 duit kertas dan syiling rasa2 cukup terus masuk dalam drower.) Lepas tu kena kemas-kemas sikit kat ruang kaunter korang, Contoh: Korang dapat kaunter No. 2, korang kena menyapu, mengemop dan kalau ada sampah kena buang dengan segera, tak boleh lambat-lambat, cuz korang tau jelah kalau costumer kalau datang tak beri salam punya. Dye datang ambil-ambil barang dan nak bayar terus kat kaunter ok.

Kedua.. Lepas je siap dari kemas, mengemop, dan buang sampah tu. Korang kena ambil kain buruk yang disediakan dan basuh sekali sabunkan la. Nanti agih-agihkan la pada cashier lain dan kena kat kaunter korang kena lap meja kaunter tu. 

Ketiga.. Hanya duk stay kat kaunter, dan jangan merayau-rayau taw. Hahaha :D

Ok selepas selesai 3 hari training aku kerja baru ada shif, kat Pasaraya Tunas Manja ada 3 shif... 


WAKTU BEKERJA
  1. Pagi: 8:45AM - 10:30PM
  2. Noon/Tengahari: 12:45PM - 10:30PM
  3. Full/Penuh: 9AM - 10:30PM Kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad masuk pukul 7:45AM. (Sebab ada pasar pagi)

Selama aku menjadi cashier ni macam-macam aku rasa walaupun sekejap pun tapi banyak liku-liku, kalau tak "Halimah Gigi Jongang" masa tu memang happy giler, cuz dye saje yang aku tengok buat sial. Bila dye ada jer budak-budak ni jadi takut, Budak-budak lain sumenya umur bawah-bawah, 18 tahun yang ada pun sebaya dengan aku kawan aku tapi dye baik pulak dengan "Hantu Kubur" tue, nak buli pun agak-agak lea, member-meber aku okey tapi chif betina sial tu la yang buat aku menyampah sangat. Hmph. Aku memang tak suka dengan chif cashier yang macam anak haram mulut dye. Memang sial. Pernah sekali dye nak main sound-sound aku, last sekali aku dah naik angin tak tahan aku sound balik dye depan orang ramai. Biar dye tau ingat aku takut sangat (Dye saje je nak cari pasal dengan aku sebab kononnya aku baru. Weh umur ko baru 25 tahun, x jaoh pon umur ko dgn umur aku (22 Tahun) okey. Nasib baik xmakan pelempang aku, kalau x bisu sampai mampos ko. Haha. Last sekali aku kerja berhenti jadi cashier ni pada 15 Mei 2014. Aku tak tahan sebab, short, dan paling penting aku gaduh dengan chif betina yang anak h#*&m macam sial tue. Hmph

Berhenti citer pasal "HANTU KUBUR" tu dan berbalik pada pengalaman kerja. Ok gaji yang ditawarkan di Pasaraya Tunas Manja RM700.. Dan ada pinjaman/advance tiap-tiap 16 haribulan maybe dapat RM300 la. Tapi masa 15 Mei 2014 aku tak tahan then terus berhenti jadi cashier dan tukar department lain sebab jadi cashier kena sabar dengan kerenah pelanggan, kalau tak dapat scan "Bacode" barang cashier kena berlari cari barang tu untuk ambil "Bacode"  Kerana itulah aku berhenti dari jadi cashier pasaraya, ingat senang pasal duk kat kaunter dan scan barang jer, rupanya tidak sama sekali banyak perkara yang tak aku suka

SEBAB BERHENTI CASHIER/JURUWANG
  1. Bila time gaji, dan cuti. Ramai pelanggan yang datang tak berhenti-henti. Lagi-lagi musim perayaan, memang tak relex la ko.
  2. Kerenah pelanggan (Sume kerja xmudah, tapi kerja pasaraya lah yang paling memenatkan)
  3. Short kena tolak gaji. Pernah dengar short sampai RM400 (Kalau macam tu nak makan apa, xde gaji ?? Nak makan pasir ?? Kesian budak2 yang penat bekerja)
  4. Masa pekerjaan hampir 14 Jam. Dari pukul 8:45AM - 10:30PM (Pasaraya lain x mcm pasaraya yang tempat aku kerja)

2 ulasan:

  1. Perkongsian yg bagus.. Masa baca rasa macam tengok drama. Ada macam2 watak. Apapun semoga kejayaan sentiasa bersamamu.

    BalasPadam
  2. T-Shirt.com - Titanium Fidget Spinner | TITanium Art
    T-Shirt.com titanium glasses - T-Shirt.com. titanium cerakote T-Shirt.com. T-Shirt.com. T-Shirt.com. titanium septum jewelry T-Shirt.com. titanium necklace mens T-Shirt.com. T-Shirt.com. T-Shirt.com. T-Shirt.com. T-Shirt.com. T-Shirt.com. iron titanium token T-Shirt.com.

    BalasPadam